Kawan Mayaku

Sunday, May 29, 2011

Mangkuk Cantik, Madu & Sehelai Rambut

Assalamualaikum korang ^_^..Petang tadi tengah tengok tv tercari2 la aq cite ape aq nak tengok..entah macamne aq tertekan TV1..Selalunye aq xtengok TV1 sebb agak bosan..maap ek RTM ^_^..Tapi nak dijadikan cerita aq da bukak TV1 so aq layan je la citenye..tup2 cite2 pasal kisah Nabi n para sahabat..Alhamdulillah la kene ngn selera aq...bukan nak kate aq baik tapi 2 la..hati suke tengok rancangan2 gini..lagi bepekdah dari layan AF9 n Mentor tu....ha3..

Hos rancanganye 2gadis yg bagi aq amat manis sebab bersolek ala kadar dan memakai tudung..sejuk mate memandang kan?? ^_^ n tajuk yang diceritakan oleh mereka ialah ''Mangkuk Cantik, Madu & Sehelai Rambut " dalam hati aq tertenye2 cam menarik cerite ni...so aq dengr sampai abis n ternyate 30minit yg aq spend 2 xsia2..ade input yg disampaikan..

so aq lak nak cite kat korang pasal kisah ni..aq ambik cite ni dari website sebb xingt semua yg hos2 tu cakap..pada yang da pernah dengar o bace kisah ni Alhamdulillah la korang amat bertuah sebab bace kisah ni lagi awal dari aq..pada yang belum mari bersame2 kite hayati kisah ni...


kisah ni berlaku semasa Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a.
Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.
Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut). 

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut". 

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Begitulah kalimat-kalimat indah yang diucapkan, sebagai pelajaran bagi umat..
Indah kan perumpamaan yang dilontarkan hanye dengan bersimbolkan Mangkuk Cantik, Madu & Sehelai Rambut ..renung2kan dan selamat beramal kawan-kawan... ^_^




Thursday, May 26, 2011

Apabila Perpisahan Itu Terjadi...

Assalamualaikum...Jam da pukul 4pagi tapi mate xle tido...so decide tok bace pape then tergerak bace buku Dr. H.M Tuah..sure semue kenal kan??Pakar motivasi tu...



So aq terbace artikel pasal Perpisahan ..so ape yang aq tulis seterusnye adalah karya asal Dr H.M Tuah  n aq mencelah sikit2 bile perlu ok??

menrut Dr. H.M. Tuah. kesedihan dari perpisahan itu merupakan perasaan yang dibauri  oleh perisa syaitan..kerana disebabkan kesedihan ramai orang tidak redha dan secare tidak langsung menbawa kepada kekufuran..jjike perlu menangis menangislah  tapi usah terlalu lama kerana  pintu pertemuan yang baru telah terbuka..Pertemuan yang baru  menjanjikan kegembiraan yang lebih  baik kerana kite telah semakin matang oleh pengalaman yang lalu.Tanpa manusia terpakse berenang menyeberangi sungai, tidak mungkin jambatan tercipta,biar ia berupa sedih pada hari ini, mungkin ia adalah mukadimah kegembiraan hari esok.WOW!! terbaeklah ayat lu Dr.!!!

So pade yg tengah bersedih..Dr.H.M Tuah ade menyatakan beberapa care penyelesaian..

Perpisahan walau sakit untuk diterima tapi bergembiralah kerana kite telah MERDEKA  oleh kerenah yang menyakitkan hidup kite sekian lame..

Apabila perpisahan terjadi,kenangi keburukanya supaya anda bersyukur  kerana anda berpeluang hidup semula dari awal..Usah kenangi kebaikanya nanti anda akan sesal berpanjangan..

Relakan sebarang perpisahan dengan redha n syukur..Orang yang meninggalkan kite  memang ingin melihat  kite terluka oleh perbuatanye.Menangis adalah markah kemenangan buatnye tetapi senyum   akan membuatnye menderita.

Pada setiap perpisahan ada nikmat pertemuan.Perpisahan  itu adalah titik awal pada pertemuan yang lebih baik. Tuhan tidak mensia-siakan hidup hamba-NYA kecuali hamba itu sendiri menjadikan dirinya sia-sia oleh keadaan.Berdoa  selalu semoga Allah temukan dengan insan yang lebih baik agar kehidupan yang berbaki itu bukan lagi sia-sia.

Kegembiraan seorang MUSLIM adalah keredhaan ALLAH terhadapnya, maka carilah kegembiraan dan keredhaan itu dan yakinlah akan menemui-Nya..

Sekian dari DR.H.M Tuah... ade benar ape yang dikatekan..pada yang boleh menerima baguslah dan aq merasakan ini merupakan satu contoh fardu kifayah dimana kite cube mmbantu mereka yang memerlukan..

jika ade sebarang maklumat bermanfaat akan aq kongsikan lagi dengan kawan2 bloggers..sampai disini daaa n good morning ^_^

Saturday, May 7, 2011

Secawan Kopi,Sekeping Biskut dan Keindahan MilikNYA

Kisah Aq Sekadar Coretan~~,

secawan kopi...

sekeping biskut....

DAN

Keindahan Alam milikNYA..(sile byangkan mengikut kreatvti masing2 ^_^)


Hurm petang yang damai...tenang dan berangin..kelebihan kawasan penempatan yang aq n kawan2 sewa ni..
Rumah separa kayu-simen ni memang syurga bagi aq..sungguh selesa dan santai dalamnya..
Umah 2 tingkat ni begitu istimewa kerana mempunyai beranda yang membolehkan aq lepak petang2..
rumah sewaku..syurga ku ^_^

sambil minum kopi,makan biskut dan aq dihadiahkan panorama yang indah hari2..dan tiada sedikit perasaan bosan tercampak di bumi Darul Iman ini..,


gelagat orang kampung yang lalu lalang bagi aq amat mengasyikan..
dari situ aq boleh membaca pola perilaku manusia...
dari jendela ni jugalah aq dapat berkenalan dengan orang2 kampung..sekadar memberikan senyuman dikala terserempak dijalanan amat bermakna bagi aq..
kerana..
kehadiranku berkelana di bumi terengganu ini diterima masyarakat setempat..

Sungguh damai di sini..angin laut menyegarkan..
aq bole lihat awan bergerak
jauh dari kesibukan kota...
3tahun berkelana terase seperti 3hari..masa pantas berlalu.(^_^)

DAN aq akan merindui pengalaman ini...

Iqbal hamzah,UMT,2008-2011 in memory 4 ever!!

Kawan Kawan Kawan n Kawan..


Kadang2 Kite Kenal Orang tu 2 3 hari je tapi rapat mengalahkan dielah kawan sepermainan kite..
Kadang-kadang kite kenal orang tu 2 3 tahun but kite masih xpaham perangai die..

JADI ...

Nape xdiciptakan alat untuk mengesan sejauh manekah keihlasan kawan itu??
Adekah mencari dikala susah?
Adekah mencari dikala sedih?
Adekah hanya tempat untuk bergembira

semua kawan bagi aq adalah sama..xde istilah kawan baik kerana dengan melabelkan seseorang itu sebagai kawan baik aq meletakan diri aku kedalam ketidakadilan..aq baik dengan semua kawan-kawan aq..

Tapi mcamne dengan kawan rapat??  haaa bagi aq kawan rapat ni berbeza..even jarang bersama,tapi kite rapat dengan die dan senang dengan die.

Kawan Kawan Kawan n Kawan..

Hidup Aq Memerlukan Kawan Dan Aq tidak meletakan limitation bilangan dalam berkawan..kerana aq memang suke berkawan..

Pada Yang Baru Kenal Mari Kita Berkawan...
Pada Yang Sudah Kenal Marilah Kita Bersaudara...


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 49:13)

Thursday, May 5, 2011

Korang Pilih no brape??? ^_^

ambik dari fb junior ni..^_^






Tips Cinta ini telah disampaikan oleh saudari dieda di Forum Tentang Cinta.

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti 
sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...

ha3 kalo aq,aq pilih no 1,2,4,9..korang plak???

Lagu Sedih-VIP ^_^

BEST GAK LAGU NIH!! ^_^

Lirik Lagu Sedih -VIP
VIP VIP babeh
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku disini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar

Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku

[KORUS]
DJ putarkanlah lagu cinta
Erti kasih kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar disini
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku

[KORUS]

Ku bukakan sterio, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilangmu
Ulang
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

[KORUS]

[KORUS]

Aq Penganggur

10/5/2011 secare rasminya aq akan bergelar sebagai penganggur terhormat..
Penat lelah belajar 3 tahun abeh pada tarikh keramat tu...

ape plan aq setrusnya?Duk rumah jap la nak relax2 dulu....dalam 2 3 minggu 
sambil mengintai peluang yang ade....
BEKERJA o buar MASTER..
masa yang menentukan ^_^

Apepown aq penganggur sekarang n semoga title itu tidak berkekalan..sebab ianya bukan sesuatu yang seharusnya dibanggakan ^_^

xmaw jadi gini...



Apepown kite as a muslim kene percaya dengan rezeki yang Allah tetapkan pada kite..but jangan tunggu kene r jugak berusaha mencari kan??

Kawan2 tolong doakan aq dapat ape yang aq hajatkan...Amin semoga makbul hendaknye ^_^

Wednesday, May 4, 2011

Satu Hati..^_^

tengah2 blog walking trdengar lagu ni..dekt blog mmbe..amat2 menenangkan jwa..so aq nak share la ngan korg2 semua ^_^

Ku memohon dalam sujud ku pada MU
Ampunkan lah segala dosa dalam diri
Ku percaya engkau bisa meneguhkan
Pendirian ku keimanan ku

Engkau satu cinta yang slamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan demi cinta ku kepada mu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini hanya pada Mu
Ku pasrahkan
Oh tuhan slamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh tuhan jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
Engkau satu cinta yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan demi cinta ku kepada mu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini hanya pada Mu
Ku pasrahkan

Air Mata..

Aq rase aq perlu menulis untuk memberi sedikit kesedaran...aq gagahkan diri untuk menulis entry ini demi memelihara sesuatu/perhubungan yang aq sayang..

YA!! AQ SAYANGKAN PERSAHABATAN YANG AQ ADE,
AQ SAYANGKAN KAWAN2 AQ.

Ape yang anda  paham tentang air mata??

Aq copy ayat ni dari internet...(lantak la nak ckp aq xde originaliti ke..)
Allah yang menciptakan ketawa dan tangisan..pasti ada hikmah disebalik kejadianNya..
Mata walaupon kecil,tapi ia tak pernah kering dengan air mata..jika boleh dikepung,ia bole mnjadikan bumi ni banjir bagai selepas hujan turun dengan lebatnya..ayat gempak ni..tapi memang betul..ade hikmah kite menangis..

terlalu banyak sebab kite menangis..
Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah: 


1.   Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati. 

2.   Menangis kerana rasa takut. 
3.   Menangis kerana cinta. 
4.   Menangis kerana gembira. 
5.   Menangis kerana menghadapi penderitaan. 
6.   Menangis kerana terlalu sedih.
7.   Menangis kerana terasa hina dan lemah. 
8.   Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 
9.   Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. 
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis. 

jadi anda tentukan tangisan anda itu diketegorikan di kelas yang mana...
sebelum ini biarkan gambar2 ini berkate2..

mungkinkah baby ini menangis kerana ketiadaan ibu,pelindung disisinya??

Tangisan sang anak lantaran hak2nya sebagai anak dan manusia dinafikan dibumi sendiri...

Tangisan sang pemimpin yang dambakan sebuah kerajaan yang bernaungan ISLAM yang sebenarnya.


Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” 



Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis apabila melihat cerita2 serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.


Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:
Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

 BETUL..Kadangkala kite perlu menangis supaya dapat kite belajar menghargai setitik air mata DAN MEMANG BETUL kadang2 kite perlu menangis supaya ianya dapat melembutkan hati dan membuangkan perasaan ego sesama makhluk..
JADI MENANGISLAH SELAGI KITE TAHU UNTUK SIAPA KITA MENANGIS DAN APE TUJUANYA TANGISAN KITA TU..

P/S:Buatmu sahabat....aq berharap supaya dikau mempelajari sesuatu...bukan untuk mengatakan aq adalah terbaik tetapi aq adalah seorang sahabat yang ikhlas membantu sahabat2nya dikala senang dan susah.. ade perumpamaan mengatakan..jika tidak mahu bau busuk,jangan duuk dekat dengan tong taik..begitulah juge kehidupan kite..mencegah mencegah dan mencegah...Jangan sesekali terjerumus ke lembah yang sama...

AQ MENULIS BUKAN KERNA NAMA..

Mati Itu Pasti Hidup InsyaAllah..


Stylo kan kartun ni?? for somebody mungkin mereka akan anggap kartun ini just humor,to make jokes and bla3..jujurnya pertame kali aq tengok kartun ni..aq pown akan tergelak..but kemudian akan berfikir ape yang cuba disampaikan pada kite...

Katun doraemon,Kampung boy,shin chan n sebagainya hadir pada zaman kita masih keanak-anakan lagi....kini kite pown da masuk ke alam yang lebih mencabar tetapi katun2 ini masih muda dan fresh seolah2 masa xbergerak...yeahhh MASA tu yang aq nak cakapkan..

Sedar xsedar masa 2 bergerak...

n sebagai penganut agama islam..kite kene ingat bahawa MASA itu  tu anugerah dari ALLAH kpd hambanya  dan dalam Al-Quran, dalam surah al-Asr’, ALLAh SWT juga bersumpah dengan masa. Bahawa manusia akan benar-benar berada dalam kerugian. 

Ketika entry ni ditulis pown...aq pown mungkin salah seorang mereka yang berada di dalam kerugian..kerugian yang mcm ne?itu yang aq nak taw..

Aq pown manusia biasa ade buat salah..terleka dengan peredaran masa..


Mati Itu Pasti,
Hidup InsyaAllah.
Ingat 5perkara sebelum 5perkara... ^_^

Tuesday, May 3, 2011

Biaq Gambar Berbicare


Biar gambar berbicare...

p/s tq to syaban aq curi gambar dari fb ko..t aq bnje mcd ble aq da keje k ^_^

Nasi Minyak owh Nasi Minyak..

Entry ni xpenting wat korg but penting wat aq..^_^

Time masuk UMT first year dulu hari2 aq merungut..nape la terengganu ni hari2 ade nasi minyak!!! dalam merungut tu nasi minyak terengganu aq tetap makan atleast seminggu sekali ^_^..nyum2 memang sedap..jadi kenape aq merungut? kenape aq xbersyukur???

ade satu je alasan aq..sebab bile da selalu makan nasi minyak kat tengganu bile..bile balik ke negeri sendiri..aq hilang nafsu dekat nasi minyak..lagi2 time kenduri kawen...ade yg menganggap nasi minyak 2 satu menu yg special..bole jumpe time hari2 keraian je..but bg aq nasi mnyk bukn mnde yg specel sbb hari2 le jumpe kat terengganu...


tup3 mase berputar....sekrg da final year da xlame da kt terengganu...da nak abeh blaja..tetibe isu nasi minyak datang balik..selame 2tahun ni baru aq perasan nasi minyak terengganu hanye bole dijumpai di terengganu dan ianya berbeza dari nasi minyak org kawen mahu dari segi texture,rase,jenis lauk n rupanye..xlme g da grad..dan bermkne aq akan merindui nasi minyak terengganu semula..



p/s:jom g pasar malam ^_^

Meludah Ke Langit Kena Muka Sendiri

SEKADAR NASIHAT



layake aq nak nasihat2 org ni ek?hurm tahla..aq men nasihat je sbb bagi aq aq perlu nasihat ^_^

bile aq blogwalking aq tgk,aq bace ade  bloggers2 yg post2 kat blog dorang ala2 islamik,penuh dengan nasihat...bile aq refer dengan peribadi pengepost Alhamdulillah mereka tidak bermuka2..Kawan2 macam ni aq sokong..Teruskan menjadikan blog2 ni sebagai medium dakwah..Niat yang baik insyaAllah kesudahanya baik juge..

but bagi yang bermuka2..macamne pulak ek? Setiap phrase ade perkataan HIDAYAH la INSAF la TUHAN bla3.........nak taip xmampu banyak sangat.Tapi bile dirujuk pada personaliti pengepost..aq rase hanya seperti publisiti murahan..nak menarik org bace blog korang?kalo betul la niat nak menasihati kawan2 n orang awam..bagi aq masih terlalu awal sebb korg pown xnasihat diri korang lagi..

waaa jahat gle aq..mesti ade yg cakap aq dengki la cemburu la n sekian2nye...HALLO DO I CARE^_^??

Jahatnye aq xsuke org post2 perkataan2 baik ni...kapiaq(kafir) ke aq??
Ngucap bal ngucap..pesan hati.

k cooling down jap..fuhhh fuhhhh fuhhh (tarik napas)

meh cini ceq explain..ceq suke kalo kawan2 ceq tutur o tulis perkataan yang baik..
but kalo boleh sambil update blog tu tengok cermin terus..ok ke tak post2 tu...if betul  HENDAKAN hidayah.. MAHUKAN keinsafan..kene bermula dari diri dulu...betulkan diri sendiri dulu..jike ape yang ditaip tak selari dengan ape yang diamalkan..umpama menulis atas batu hitam la..

niway tu blog korang suke hati la nak update apekan?? aq just nasihat sebagai sahabat ^_^

p/s:aq lagi suke bloggers2 yang tulis pasal hal diri sendiri..pembacaan pown jadi santai n aq happy ngn post2 korang yang berbentuk gini..teruskan menghiburkan aq..

AQ SELALU BLOGWALKING...^_^

Monday, May 2, 2011

Jenis Rakan..


Menurut Notes Komuniksa Interpersonal..
Terdapat 2 Jenis Rakan Yang dapat Membantu Untuk Mrningkatkan Rase Hormat Diri.

Hormat Diri Di sini Merujuk  Nilai Yang Terdapat Dalam Diri Anda...

Rakan Jenis Pertama iaitu Rakan Noxious..Rakan noxious ni  sentiasa mengkritik  dan akan cube mencari salah anda dalam segenap aspek

Manakala

Rakan kedua iaitu rakan jenis Nourishing dimanarakan ini bersikap positif dan optimis kepade anda

Bagaimanapun

Kedua-due rakan ini menghargai dan membuatkan anda merasa selesa dengan diri sendiri.Sokongan dan sikap kedua-dua rakan ini mempengaruhi  dan menaikan rasa hormat diri anda..

Alhamdulillah aq mempunyai kedua-dua jenis kawan seperti yang dinyatakan di dalam Nota Komunikasi dan dengan kehadiran mereka membuatkan aq rasa lebih matang dalam pemikiran,sedikit demi sedikit..



Dari secupak jadi segantang insyaAllah...

Aku Lihat Layu Dalam Melayu





Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...