Kawan Mayaku

Tuesday, May 3, 2011

Nasi Minyak owh Nasi Minyak..

Entry ni xpenting wat korg but penting wat aq..^_^

Time masuk UMT first year dulu hari2 aq merungut..nape la terengganu ni hari2 ade nasi minyak!!! dalam merungut tu nasi minyak terengganu aq tetap makan atleast seminggu sekali ^_^..nyum2 memang sedap..jadi kenape aq merungut? kenape aq xbersyukur???

ade satu je alasan aq..sebab bile da selalu makan nasi minyak kat tengganu bile..bile balik ke negeri sendiri..aq hilang nafsu dekat nasi minyak..lagi2 time kenduri kawen...ade yg menganggap nasi minyak 2 satu menu yg special..bole jumpe time hari2 keraian je..but bg aq nasi mnyk bukn mnde yg specel sbb hari2 le jumpe kat terengganu...


tup3 mase berputar....sekrg da final year da xlame da kt terengganu...da nak abeh blaja..tetibe isu nasi minyak datang balik..selame 2tahun ni baru aq perasan nasi minyak terengganu hanye bole dijumpai di terengganu dan ianya berbeza dari nasi minyak org kawen mahu dari segi texture,rase,jenis lauk n rupanye..xlme g da grad..dan bermkne aq akan merindui nasi minyak terengganu semula..



p/s:jom g pasar malam ^_^

Meludah Ke Langit Kena Muka Sendiri

SEKADAR NASIHAT



layake aq nak nasihat2 org ni ek?hurm tahla..aq men nasihat je sbb bagi aq aq perlu nasihat ^_^

bile aq blogwalking aq tgk,aq bace ade  bloggers2 yg post2 kat blog dorang ala2 islamik,penuh dengan nasihat...bile aq refer dengan peribadi pengepost Alhamdulillah mereka tidak bermuka2..Kawan2 macam ni aq sokong..Teruskan menjadikan blog2 ni sebagai medium dakwah..Niat yang baik insyaAllah kesudahanya baik juge..

but bagi yang bermuka2..macamne pulak ek? Setiap phrase ade perkataan HIDAYAH la INSAF la TUHAN bla3.........nak taip xmampu banyak sangat.Tapi bile dirujuk pada personaliti pengepost..aq rase hanya seperti publisiti murahan..nak menarik org bace blog korang?kalo betul la niat nak menasihati kawan2 n orang awam..bagi aq masih terlalu awal sebb korg pown xnasihat diri korang lagi..

waaa jahat gle aq..mesti ade yg cakap aq dengki la cemburu la n sekian2nye...HALLO DO I CARE^_^??

Jahatnye aq xsuke org post2 perkataan2 baik ni...kapiaq(kafir) ke aq??
Ngucap bal ngucap..pesan hati.

k cooling down jap..fuhhh fuhhhh fuhhh (tarik napas)

meh cini ceq explain..ceq suke kalo kawan2 ceq tutur o tulis perkataan yang baik..
but kalo boleh sambil update blog tu tengok cermin terus..ok ke tak post2 tu...if betul  HENDAKAN hidayah.. MAHUKAN keinsafan..kene bermula dari diri dulu...betulkan diri sendiri dulu..jike ape yang ditaip tak selari dengan ape yang diamalkan..umpama menulis atas batu hitam la..

niway tu blog korang suke hati la nak update apekan?? aq just nasihat sebagai sahabat ^_^

p/s:aq lagi suke bloggers2 yang tulis pasal hal diri sendiri..pembacaan pown jadi santai n aq happy ngn post2 korang yang berbentuk gini..teruskan menghiburkan aq..

AQ SELALU BLOGWALKING...^_^

Monday, May 2, 2011

Jenis Rakan..


Menurut Notes Komuniksa Interpersonal..
Terdapat 2 Jenis Rakan Yang dapat Membantu Untuk Mrningkatkan Rase Hormat Diri.

Hormat Diri Di sini Merujuk  Nilai Yang Terdapat Dalam Diri Anda...

Rakan Jenis Pertama iaitu Rakan Noxious..Rakan noxious ni  sentiasa mengkritik  dan akan cube mencari salah anda dalam segenap aspek

Manakala

Rakan kedua iaitu rakan jenis Nourishing dimanarakan ini bersikap positif dan optimis kepade anda

Bagaimanapun

Kedua-due rakan ini menghargai dan membuatkan anda merasa selesa dengan diri sendiri.Sokongan dan sikap kedua-dua rakan ini mempengaruhi  dan menaikan rasa hormat diri anda..

Alhamdulillah aq mempunyai kedua-dua jenis kawan seperti yang dinyatakan di dalam Nota Komunikasi dan dengan kehadiran mereka membuatkan aq rasa lebih matang dalam pemikiran,sedikit demi sedikit..



Dari secupak jadi segantang insyaAllah...

Aku Lihat Layu Dalam Melayu





Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Last Paper In UMT

4.29 petang 2/5/2011 tergopoh-gapah aq kuar DSM...
Dan secre rasminya berakhirlah peperiksaan terakhir aq kat UMT ni..
Kejap je 3 tahun weh...^_^

Untuk Komunikasi Interpersonal..anda seharusnya berbanggga menjadi subjek terakhir aq kat UMT ni taw!

Now need to strugle for my  Viva this wednesday 4/5/2011..
semoga semuenye lancar..Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...