Kawan Mayaku

Sunday, May 31, 2009

MELAYU...


Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Sasterawan Negara.

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

MELAYU KATA MELAYU


Di sini saye letakan sedikit nukilan daripa perjuang GPMS yg begitu saygkan bangsanya.Seperti Tun Dr. Mahathir,beliau mengatakan 'MELAYU MUDAH LUPA' bukan bermakna beliau tidak sayangkan bangsanya tetapi beliau ingin bangsanya sedar akan harga diri mereka..

Hayatilah nukilan ini..

Nukilan Asal : Brother Pyanhabib.

Ma'afkan aku! kalau aku sering saja berlaku songsang,
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini..................
Apabila orang telah sedia duduk,
aku bangun berdiri
Apabila orang bertepuk,
aku diam
Apabila orang ghairah berbincang,
aku tidur
Apabila orang membaca zikir,
aku takut mati

Ma'afkan aku jika aku sering saja berlaku songsang
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini

Orang lain sudah merdeka,
aku belum

Aku bahagia kerana aku masih Melayu
walaupun

Melayu kata "Melayu bodoh!" Melayu kata "Melayu kecoh!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu malas!" Melayu kata "Melayu mulas!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu kecut!" Melayu kata "Melayu takut!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu belut!" Melayu kata "Melayu belot!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu kasap!" Melayu kata "Melayu lesap!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu tongong!" Melayu kata "Melayu bingung!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu serong!" Melayu kata "Melayu jerung!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu sombong!" Melayu kata "Melayu murung!"
biarkan........., biarkan..................
Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Saturday, May 30, 2009

Apa Itu RemaJa??


R-Relaks..
E-Emosi..
M-Meniru..
A-Angan-angan..
J-Jati diri..
A-Amanah..

Dari tafsiran di atas...Perkataan REMAJA boleh menjadikan seseorang remaja itu sebagai REMAJA yang positif atau sebaliknya..Remaja yang negative akan terlalu relaks dan senang dipengaruhi emosi.Mereka juga akan meniru perkara-perkara yang tidak elok dan menjerumuskan mereka kepada masalah2 sosial seperti ponteng,hubungan bebas dan sebagainya.Angan-angan adalah normal tetapi kerana dipengaruhi perasaan malas maka angan-angan akan kekal sebagai angan-angan.Mereka tidak mempunyai jati dan setrusnya tidak amanah kedada Tuhan dengan melakukan laranganya,Kepada ibu bapa dengan melukakan hati mereka dan seterusnya kepada dri mereka sendiri dengan merosakan diri mereka sendii..
REMAJA yang positif akan Relaks apabila mereka siap melakukan kerja mereka.Mereka juga pandai mengawal emosi mereka dan menukar perkataan MENIRU kepda MEREKACIPTA..Ini akan menjadikan remaja ini berdayasaing dan sentiasa melihat kehadapan.Mereka juga berangan-angan tetapi mereka berusaha menjadikan angan-angan itu sebagai realiti.Mereka mempunyai jati diri yang tinggi dan sedar akan amanah yang telah dipikulkan dibahu mereka.Meraka tidak menganggap amanah ini sebagai satu beban tetapi sebagai satu tanggungjawab yang diperuntukan kepada mereka..Renungkanlah dan kenalpsti anda adalah remaja yg bagaimana.Hanya jauhari mengenal manikam dan begitulah diri kita sendiri.Hanya kita yang tahu tentang diri kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...