Kawan Mayaku

Friday, December 25, 2009

Aq pown Tumpang gembira


Batch aq UNITEENZ ambik PMR tahun 2004 and pade mase 2 Skool aq SEKEOLAH MENENGAH SAINS TENGKU ABDULLAH(SEMESTA) just ranking kedua dlam Pahang.Time 2 pown aq da happy sebb kami kalah ngan Sains Ahmad Shah lo xslah aq.aq abeh SPM tahun 2006 dan since dat aq just follow up sal SEMESTA melalui cikgu2,kawan2 dan junior2 je..After matrikulasi aq sambung degree and start from it aq da jrang dengar khabar tentang SEMESTA sbb aq da makin BZ.Sekarang da tahun 2009,3tahun da aq tinggalkan SEMESTA,last aq g melawat SEMESTA 2008,Kejap je tinggalkan SEMESTA,banyak da perubahan aq nampak,dari segi prestasi pelajaran dan landskapnye yg semakin cantik..Tapi semalam 24hb 12 2009,aq begitu berbangga dgan SEMESTA sbb tersenarai no 5 terbaik untuk PMR dan memegang rekod 4 tahun berturut2 no 1 in pahang,..berikut merupakan keratan akhbar utusan hari ni:RAUB 24 Dis. - Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Abdullah di sini mengekalkan rekod sebagai sekolah terbaik di Pahang bagi kali keempat berturut-turut apabila 108 daripada 125 calonnya memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.

Pengetuanya, Kamaruddin Kasim berkata, pencapaian terbaik sejak 2006 itu membuktikan perancangan yang baik disusuli aktiviti strategik mampu membawa kejayaan cemerlang.

Lebih membanggakan katanya, keputusan 100 peratus itu mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) lebih baik iaitu sebanyak 1.02 pada tahun ini berbanding 1.05 tahun lalu.

''Daripada 108 calon PMR 2009 yang memperoleh semua A itu, seramai 106 pelajar adalah Melayu dan selebihnya daripada kaum Cina,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan rekod pencapaian 8A lima tahun lalu, seramai 88 calon mendapat keputusan itu pada tahun 2005, 81 orang pada 2006, 95 orang (2007) dan 94 calon (2008).

Ape2pown..thanks to all teachers bocoz without them we are nothing today.

KEEP IT UP SEMESTARIAN..KEKALKAN PRESTASI ANDA UNTUK SPM.WE,THE SEMESTARIAN IS DA BEST AMONG THE BEST..BEAT THE OTHERS AND STAY AT THE TOP,LET THE GLORY IS OURS.
PERJUANGAN KITE BELOM SELESAI..setitis tinta senukilan kata.salam

Wednesday, December 23, 2009

KONMAM 2010


pada 2Jan ni satu sejarah baru akan terlakar bagi UMT kerana tun Dr. M yg kite sanjungi sggup meluangkan sdikit mase tok join KONVENSYEN MAHASISWA MELAYU(KONMAM 2010) ni..sepanjang aq join GPMS ni..ni la event terbesar yg pnah aq handle..peringkat kebangsaan plak tu beb..Pihak pentadbiran memule mcm xprcye yg kami leh handle program ni sbb kami kan just 'student'..but berkat semue krew..program ni insyaAllh akan berjaya dengan jayanya.tok program ni,aq just as ketua krew peralatan jew..nampak mcam cikai je kan jawatan aq ni kan??tpi percayalah..tanpa peralatan,xkan berjalanya sesuatu program tu..semakin hampir 2 januri ni..semakin tekanan dirasai,Krew aq ditugaskan untuk mendapatkan 300 student UMT tok join program ni.first dpat tugasan ni,aq mcm xyakin sbb kalo 300 student from uitm,um o u yang besar2 memang xmustahil tp ni umt,just sekangkang kera je besarnye..so pelbagai strategi kami aturkan.first,kite gune konsep dakwah..kite pujuk dan ajak membe2 yg dekat dengan kite.then sepanjang hari kaunter2 pendaftaran dibuke di merata2 tempat..di kk,di FST dan FPE.malamnye plak kaunter di cafe baru pulak.Alhamdulillah,sampai 24hb 12 ni.kami berjaya mendapatkan kire2 5rtus lbeh penyertaan dari student UMT..n thanks also kepada ipta2 dan ipts yang sanggup antar delegasi u masing2 untuk join program ni,so hope target 1500 penyertaan daripada mahasiswa tercapai.Aq juga bangga pada sebahagian lecturer n staff umt yang menyokong program kami ni,insyaAllah kehadiran anda ke program ni tak sia-sia.selesai hal penyertaan,krew2 aq kne focus blik untuk peralatan.Allah je yang taw betape penatnye aq minggu ni.Masa plak banyak kene korbankan,jap2 kene jumpe orang ni,jap2 kene follow up mende 2,malam2 lak ade meeting..penat woo..minyak moto plak laju je jalan.tp atas kate2 semangat bro alan,,''leadership is a marathon'' aq kuatkan hati aq,jangan cepat mengalah n aq percaya ape yg aq lakukan adalah tuk anak bangsa aq sendiri,aq juga yakin apa yang kami lakukan ini juga dikira sebagai satu ibadah.Amin N last dari aq.thanks to all crews yang bertungkus lumus untuk program ni n hope penat lelah kite berbaloi.''BELAJAR TERUS BELAJAR''

SEM 4..

sem ni subjek agak mancabar..ni senarai subjek yg aq ambik sem ni..


MAT3001 BIOSTATISTIK

PGN3103 ASAS KEUSAHAWANAN

SBB3101 BIOKIMIA ASAS

SBB3701 BIOLOGI PERKEMBANGAN DAN HISTOLOGI

SBB4301 KULTUR SEL DAN TISU

SBB4401 PENGAWALATUR TUMBESARAN TUMBUHAN

KKU3184 SISPA4

Hope dis sem i can do more better than previous2 sem..InsyaAllah akan aq buktikan

Thursday, August 6, 2009

cinta..



Ya Allah,
jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-
Mu,agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu..

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang
cinta nan semu.

Ya Rabbi,
jika aku jatuh hati, peliharalah hatiku padanya, agar tidak berpaling hatiku daripada
mendambakan kasih dan rahmah-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku merindu, rindukanlah
aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
jika aku merindu, peliharalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku daripada merindukan
syurga-Mu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir
kehadrat-Mu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh daripada
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam Cinta pada-Mu, telah
berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah kepada-MU, telah berpadu dalam membela adDeen dan syariat-Mu.

Kukuhkanlah ya Allah ikatan-ikatannya, kekalkanlah ya Allah, akan cintanya. Tunjukilah
akan jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan
nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta
yang takkan bertepuk sebelah tangan

Monday, June 1, 2009

(A. B. C. D. E. F. G. H. I.)


Salam..di sini saye ade satu formula yg dberikan oleh kwan seperjuangan saye yg mngmbil kos kaunseling.Kami selalu berbincang mengenai dri kami yg masih belajar.jd saye tdak keberatan untuk berkongsi formula ini dengan para pengunjung blog lagi2 mereka yg masih bergelar PELAJAR..diharap pembaca boleh mngabil ape yg dirasakn baik..sesungguhnya kite membawa ambisi yg besar kerana kite membawa name keluarga,negara dan AGAMA kita

Amanah-Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.

Bijak-Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekeliling. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas-Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi-Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok -Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.

Faham-Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih-Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat-Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman-Pelajar yang cemerlang taat kepada perintah Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan norma-norma hidup iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Jadi bgi kwan2 yg ingin menjadi plajar cemerlang.gunekan la formula ini.sesungguhnya tidak susah untuk menjadi cemerlang asalkan kite tidak melanggar norma2 dan etika seorg pelajar.Sekian..

Sunday, May 31, 2009

MELAYU...


Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Sasterawan Negara.

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

MELAYU KATA MELAYU


Di sini saye letakan sedikit nukilan daripa perjuang GPMS yg begitu saygkan bangsanya.Seperti Tun Dr. Mahathir,beliau mengatakan 'MELAYU MUDAH LUPA' bukan bermakna beliau tidak sayangkan bangsanya tetapi beliau ingin bangsanya sedar akan harga diri mereka..

Hayatilah nukilan ini..

Nukilan Asal : Brother Pyanhabib.

Ma'afkan aku! kalau aku sering saja berlaku songsang,
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini..................
Apabila orang telah sedia duduk,
aku bangun berdiri
Apabila orang bertepuk,
aku diam
Apabila orang ghairah berbincang,
aku tidur
Apabila orang membaca zikir,
aku takut mati

Ma'afkan aku jika aku sering saja berlaku songsang
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini

Orang lain sudah merdeka,
aku belum

Aku bahagia kerana aku masih Melayu
walaupun

Melayu kata "Melayu bodoh!" Melayu kata "Melayu kecoh!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu malas!" Melayu kata "Melayu mulas!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu kecut!" Melayu kata "Melayu takut!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu belut!" Melayu kata "Melayu belot!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu kasap!" Melayu kata "Melayu lesap!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu tongong!" Melayu kata "Melayu bingung!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu serong!" Melayu kata "Melayu jerung!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu sombong!" Melayu kata "Melayu murung!"
biarkan........., biarkan..................
Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Saturday, May 30, 2009

Apa Itu RemaJa??


R-Relaks..
E-Emosi..
M-Meniru..
A-Angan-angan..
J-Jati diri..
A-Amanah..

Dari tafsiran di atas...Perkataan REMAJA boleh menjadikan seseorang remaja itu sebagai REMAJA yang positif atau sebaliknya..Remaja yang negative akan terlalu relaks dan senang dipengaruhi emosi.Mereka juga akan meniru perkara-perkara yang tidak elok dan menjerumuskan mereka kepada masalah2 sosial seperti ponteng,hubungan bebas dan sebagainya.Angan-angan adalah normal tetapi kerana dipengaruhi perasaan malas maka angan-angan akan kekal sebagai angan-angan.Mereka tidak mempunyai jati dan setrusnya tidak amanah kedada Tuhan dengan melakukan laranganya,Kepada ibu bapa dengan melukakan hati mereka dan seterusnya kepada dri mereka sendiri dengan merosakan diri mereka sendii..
REMAJA yang positif akan Relaks apabila mereka siap melakukan kerja mereka.Mereka juga pandai mengawal emosi mereka dan menukar perkataan MENIRU kepda MEREKACIPTA..Ini akan menjadikan remaja ini berdayasaing dan sentiasa melihat kehadapan.Mereka juga berangan-angan tetapi mereka berusaha menjadikan angan-angan itu sebagai realiti.Mereka mempunyai jati diri yang tinggi dan sedar akan amanah yang telah dipikulkan dibahu mereka.Meraka tidak menganggap amanah ini sebagai satu beban tetapi sebagai satu tanggungjawab yang diperuntukan kepada mereka..Renungkanlah dan kenalpsti anda adalah remaja yg bagaimana.Hanya jauhari mengenal manikam dan begitulah diri kita sendiri.Hanya kita yang tahu tentang diri kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...