Aq rase aq perlu menulis untuk memberi sedikit kesedaran...aq gagahkan diri untuk menulis entry ini demi memelihara sesuatu/perhubungan yang aq sayang..
YA!! AQ SAYANGKAN PERSAHABATAN YANG AQ ADE,
AQ SAYANGKAN KAWAN2 AQ.
Ape yang anda paham tentang air mata??
Aq copy ayat ni dari internet...(lantak la nak ckp aq xde originaliti ke..)
Allah yang menciptakan ketawa dan tangisan..pasti ada hikmah disebalik kejadianNya..
Mata walaupon kecil,tapi ia tak pernah kering dengan air mata..jika boleh dikepung,ia bole mnjadikan bumi ni banjir bagai selepas hujan turun dengan lebatnya..ayat gempak ni..tapi memang betul..ade hikmah kite menangis..
terlalu banyak sebab kite menangis..
Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.
jadi anda tentukan tangisan anda itu diketegorikan di kelas yang mana...
sebelum ini biarkan gambar2 ini berkate2..
mungkinkah baby ini menangis kerana ketiadaan ibu,pelindung disisinya??
Tangisan sang anak lantaran hak2nya sebagai anak dan manusia dinafikan dibumi sendiri...
Tangisan sang pemimpin yang dambakan sebuah kerajaan yang bernaungan ISLAM yang sebenarnya.
Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis apabila melihat cerita2 serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.
Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:
Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.
Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:
Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.
BETUL..Kadangkala kite perlu menangis supaya dapat kite belajar menghargai setitik air mata DAN MEMANG BETUL kadang2 kite perlu menangis supaya ianya dapat melembutkan hati dan membuangkan perasaan ego sesama makhluk..
JADI MENANGISLAH SELAGI KITE TAHU UNTUK SIAPA KITA MENANGIS DAN APE TUJUANYA TANGISAN KITA TU..
P/S:Buatmu sahabat....aq berharap supaya dikau mempelajari sesuatu...bukan untuk mengatakan aq adalah terbaik tetapi aq adalah seorang sahabat yang ikhlas membantu sahabat2nya dikala senang dan susah.. ade perumpamaan mengatakan..jika tidak mahu bau busuk,jangan duuk dekat dengan tong taik..begitulah juge kehidupan kite..mencegah mencegah dan mencegah...Jangan sesekali terjerumus ke lembah yang sama...
AQ MENULIS BUKAN KERNA NAMA..
No comments:
Post a Comment